Hotel milik Trump terbakar, seorang cedera


diposting oleh admin | 2017-03-22


NEW YORK: Satu kebakaran kecil dilaporkan berlaku di sebuah bangunan milik Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada pagi Jumaat, lapor Reuters. Kebakaran di tingkat 47 bangunan Trump International Hotel di Columbus Circle, Manhattan itu telah menyebabkan seorang mangsa cedera ringan. Pihak berkuasa berkata kebakaran dipercayai disebabkan oleh kerosakan jentera di sebuah apartmen dalam pembinaan di tingkat itu. Anggota bomba walau bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran.